top of page

PENGENALAN LITERASI MAKLUMAT

Definisi :
Apa itu maklumat?

Maklumat ditafsirkan sebagai proses menjadikan seseorang itu bermaklumat. Ia adalah proses penambahan pengalaman melalui pengalaman orang lain, bahan cetak, filem, peta, gambar, video dan sumber manusia.

 

Apa itu Kemahiran Maklumat?

Kemahiran Maklumat ialah kemahiran yang diperlukan untuk penggunaan maklumat secara berkesan. Untuk tujuan tersebut kita perlukan kemahiran membaca, mendengar, melihat, memerhati dan memperolehi maklumat. Kita perlu tahu kemahiran memilih, menilai, menganalisis dan menyampaikan maklumat secara cekap dan berkesan.

 

Kemahiran pengedalian maklumat merangkumi :

a) Kemahiran Perpustakaan
b) Kemahiran Belajar
c) Kemahiran Berkomunikasi
d) Kemahiran Hidup
e) Kemahiran Teknologi

 

Langkah-langkah Kemahiran Maklumat :
a) Menentukan
b) Mencari
c) Menggunakan
d) Mencatat
e) Melapor
f) Menilai

 

Ringkasan Enam Langkah Untuk Pelajar
a) Menentukan :

Apakah yang perlu saya ketahui?
Apakah yang sudah saya tahu?
Apakah yang akan saya buat dengan maklumat yang didapati?


b) Mencari :

Di manakah saya boleh mencari / mendapat maklumat?
Apakah alat yang perlu digunakan?

 

c) Mengguna :

Apakah maklumat yang perlu saya ketahui?


d) Mencatat :

Apakah maklumat yang perlu saya catatkan?

 

e) Melapor :

Apakah bentuk penyampaian yang sesuai?


f) Menilai : Adakah saya puas hati dengan proses kerja yang saya jalankan?
Adakah saya puas hati dengan hasil kerja saya?

 

 

MODEL BIG6 SKILL-EISENBERG AND BERKOWITZ

Definisi Tugasan

1. Kenalpasti masalah

2. Kenalpasti keperluan maklumat

Strategi Pencarian Maklumat

· kenalpasti sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat mengikut keutamaan

Lokasi dan Akses

· kenalpasti lokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas talian) mencari maklumat yang relevan

Mengguna maklumat

1. kenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat

2. meringkaskan maklumat yang panjang lebar

3. mencatat sumber maklumat yang diperolehi

4. membaca, mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat

Sintesis

1. mengurus dan merumus maklumat yang diperolehi dengan jelas

2. melapor maklumat yan diperolehi dengan jelas

3. mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai maklumat yang diperoleh

4. mempersembah maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan penonton.

Penilaian

1. menilai keberkesanan hasil pencarian maklumat

2. menilai proses perjalanan pencarian maklumat

3. mencadangkan penambahbaikan

4. kenalpasti keperluan mencari maklumat lanjut terhadap sebarang kekurangan

 

Kemahiran di dalam Literasi Maklumat

 

Konsep Literasi Maklumat boleh dibahagikan kepada lima elemen utama dan perlu diberikan pendedahan iaitu:

 

1. Kemahiran Maklumat /

     Perpustakaan

· Lokasi Bahan

· Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey

· Bahan-bahan Bercetak (Jenis-jenis Buku)

· Bahan-bahan Bukan Bercetak ( Carta, Glob, CD, TV Pendidikan dsb)

 

2. Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

 

· Penggunaan Lembaran Pengurusan Grafik

· Membanding beza

· Membuat ramalan dsb

 

3. Kemahiran Belajar

 

· Membaca ( membaca cepat, bacaan

     luncuran, bacaan imbasan)

-    Teknik Mencatat Nota ( Peta Minda

      lustrasi dan Mandala Ingatan)

 

4. Kemahiran Komunikasi /

 

    menyampaikan maklumat

 

· verbal – mendapat dan melaporkan

 

maklumat yang diperoleh

 

menyampaikan maklumat secara bertuliS

 

melalui laporan, esei, penyelidikan dsb

 

· menyediakan ‘citation” / nota kaki

 

dan rujukan

 

 

 

5. Kemahiran ICT

 

—pencarian maklumat digital , pangkalan

 

data dan enjin carian

 

menghasilkan laman web, broser dan

 

Risalah

 

· menggunakan perisian-perisian

 

multimedia

bottom of page